Posting saya di abufaiz70.wordpress.com dimuatkan di bawah ini.
Semua bercakap tentang 16 September 2008 yang akan datang. Tidak kira pihak pembangkang atau pihak kerajaan. Ada yang gembira, ada yang takut, ada juga yang risau. Ada juga yang “macam tak caye je”.
Kenapa 16 September? Tarikhnya bersempena penubuhan Malaysia. DSAI cadangkan negeri yang dieprintah PR supaya isytihar cuti umum pada tarikh itu. Penang setuju dan Kelantan pun sokong. Mengikut kalendar atas meja saya ini (kalendar dari Kualiti Alam) pada tarikh 16 September adalah cuti umum bagi negeri Sabah kerana meraikan hari “Malaysia Day & Birthday of Yang Dipertua of Sabah”.
Tetapi yang lebih orang takut (pihak kerajaan sekarang) adalah kerana tarikh itu diisytiharkan oleh DSAI sebagai tarikh PR akan ambilalih pentadbiran kerajaan di Putrajaya. Caranya? DSAI sejak PRU12 yang lalu mengatakan akan ada 30 orang MP Bn terutama dari Sabah dan Sarawak akan lompat ke PR.
Laporan terkini di www.malaysiakini.com/news/89039 menyatakan keyakinan Ketua PKR Sabah bahawa “tiba 16 September ini, kita akan tunjukkan siapakah yang sebenarnya bermimpi atau bercakap besar”
Dominique Ng berkata PR kini menjangka lebih 40 ahli parlimen akan melompat dari BN ke PR.
Sebelum itu DSAI berkata beliau akan men=mbentangkan bajet baru jika PR pimpinannya menubuhkan kerajaan baru. DSAI menegaskan demikian ketika ditanya sama ada beliau akan membentangkan bajet baru JIKA berjaya menubuhkan kerajaan baru, yang diuar-uarkannya pada 16 September ini. Dengan penuh yakin beliau berkata ” Persoalannya ialah bukan “jika”, tetapi “BILA”. Demikian dilaporkan oleh malaysiakini di www.malaysiakini.com/news/88907
Walaubagaimanapun PAS mengambil sikap “tunggu dan lihat” perkembangan desas desus MP BN melompat kepada PR seperti diusahakan DSAI.
Mohamad Sabu memberitahu Malaysiakini di www.malaysiakini.com/news/89067 bahawa PAS belum membuat sebarang keputusan rasmi berhubung usaha DSAI itu membentuk kerajaan persekutuan, yang dijangka akan berlaku pada 16 September ini.
“Kita tunggu dulu. Sekarang pun khabar angin. Khabar angin, (PAS) hendak mesyuarat macam mana?” katanya apabila ditanya sama ada PAS akan menyertai kerajaan baru seperti ura-ura PKR.
Apa pun kita tunggu dan lihat. Perasaan memang agak kurang yakin, tetapi dalam hati berharap dan berdoa semoga peristiwa penubuhan kerajaan baru pada 16 September ini akan berlaku sebagaimana yang dirancangkan oleh DSAI.
Harapan tetap ada, dalam politik apa-apa pun boleh berlaku. Dalam masa yang singkat, keadaan boleh berubah. PKR dan PR berusaha menarik MP BN melompat ke PR, sudah tentu BN tidak akan berdiam diri juga. Apa pun boleh berlaku.
“what will be, will be”. Manusia boleh merancang, tetapi Allah menentukan samada perancangan kita itu akan terencana seperti yang kita rancangkan atau sebaliknya. Namun harapan untuk melihat Malaysia Baru tetap utuh dihati kita.
Wafak Black Money
-
8 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -
BUKTI...beg yang mengandungi wang kertas palsu. Gambar kecil, Tunku Azwil.
KUALA LUMPUR: Jika dulu mereka menggunakan taktik...
1 hour ago
0 comments:
Post a Comment