Semalam 31 Julai adalah Hari Pahlawan, kita mengingati pejuang negara yang terkorban demi mempertahankan negara. Kita mengingati pejuang2 ini tetapi ingatan kita perlulah berlandaskan Islam, tidak bercanggah dengan Islam.Istiadat meletak kalungan bunga di tugu negara (patung) bukan satu cara yang dibenarkan oleh Islam. Ia haram di sisi Islam sebagaimana fatwa yang telah dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan yang bersidang pada 6 - 7 Oktober 1987.
Keputusan muzakarah :
a) Amalan-amalan seperti tiupan "Last Post" bertafakur dengan menundukkan kepala selama 20 saat, meletakkan kalungan bunga, bacaan sajak, nyanyian dan tiupan "Rouse" yang dilakukan dihadapan Tugu dalam upacara menyambut Hari Kenangan Rakan Seperjuangan oleh Angkatan tentera Malaysia adalah bercanggah dengan Islam dan boleh membawa kepada syirik.
Keputusan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan telah dikeluarkan pada tahun 1987 lalu. Kenapa pemimpin negara dan ATM masih lagi melakukan perkara ini?
Bila mahu muzakarah dengan PAS nak bincang pasal Islam, tapi keputusan muzakarah yang dibuat oleh kakitangan mereka sendiri pun tidak dihormati dan tidak diikuti.
Ini bukan main2 boleh rosak akidah, tapi pemimpin UMNO Hadhari masih gagal menjaga benda ini. Kalau dah boleh jejas akidah, telah pun dimaklumkan kepada pelaku sejak 1987 lagi, agak2 macam mana akidah mereka? Setiap tahun ulangi benda sama. Itu baru satu kes tu, banyak lagi benda lain yang dibuat oleh pemimpin dan kerajaan BN yang boleh jejas akidah.
Imam Hadhari,
Lu pikirlah sendiri. Tanya Mufti Perlis, Mufti Perak dan lain2 mufti.
0 comments:
Post a Comment