Sebagai ketua kempen BN di PRK Permatang Pauh, Najib telah gagal melaksanakan tugas yang diberikan oleh PM Dolah untuk memastikan DSAI kecundang di Permatang Pauh. Najib juga telah gagal memalukan DSAI hatta untuk mengurangkan majoriti yang dicapai oleh PKR.
Najib cuma berjaya mengaturkan majlis sumpah laknat Saiful Bukhari. Tapi pengundi Permatang Pauh tetap menolak taktik murahan itu, termasuk ahli UMNO, MCA, MIC dan Gerakan. Terbukti ramai ahli BN yang mengundi DSAI.
Najib akan pulang ke Pekan sebagai seorang yang gagal. Tapi Najib tak perlu bimbang, kerana orang Pekan tak sama dengan orang Permatang Pauh. Orang Pekan tetap harap Najib jadi PM. Orang Pekan tak kisah berapa banyak skandal Najib dan isterinya Rosmah.
Yang penting Najib kena diangkat sebagai PM. Orang Pekan ikut aje kata Najib, Najib kata tak mahu lawan PM Dolah, orang Pekan akur kecuali UMNO Cawangan Ubai yang tak akur. Mereka tetap calonkan Najib untuk bertanding Presiden, Disember ini.
Sebab itu Ketua Cawangan Ubai kena tukar kerja ke Paloh Hinai. Dengor kabor, Tok Nan tak suka orang Ubai calon Najib lawan Presiden.
Tapi Najib tetap tak mahu lawan ketua, tak mahu derhaka. Najib cuma mampu hantar SMS ucap tahniah pada DSAI kerana menang di Permatang Pauh.
Tapi Najib tetap takkan berubah, takkan Najib nak join team DSAI. Sanggup ke Najib lompat ke PR? Tak mungkin. Kalau lompat alamat melepas terus le jawatan PM yang diidamkan oleh Rosmah.
Jadi Najib akan tunggu Jun 2010, harap2 kata2 DSAI untuk ambilalih kerajaan pada 16 September 2008, cuma bedo'oh aje (temberang aje). Tapi kalau betul melepasssslah lagi. Orang Pekan pun akan kempunan juga. Sebab orang Pekan tak sama dengan orang Permatang Pauh. Alahaiiii Najib.
Pemuda Umno dakwa KM kebudak-budakan
-
Pemuda Umno Pulau Pinang kecewa dengan tindakan Ketua Menteri Lim Guan Eng
yang membuat laporan polis berhubung dakwaan ancaman yang diterimanya
semasa kek...
14 hours ago
0 comments:
Post a Comment