petikan Kitab Apa Ertinya Saya Menganut Islam karangan Ustaz Fathi Yakan.
Untuk pendokong dan ahli PAS serta Pakatan Rakyat, bacalah kitab ini sebagai persediaan dan pedoman buat kita. Dibawah saya ambil satu tajuk dalam Bab 6 : Saya Mesti Memahami tentang pemusatan Amal Islami. E-Book kitab ini disini.
Peranan Harakah Islamiah:
Tanggungjawab Harakah Islamiah ialah menyediakan segala bentuk tenaga dan kemampuan yang diperlukan untuk menghancurkan kerajaan Taghut, bukan tanggungjawab mencari penyelesaian kepada masalah-masalah masyarakat jahiliah dengan cara-cara dan hukum-hakam yang lain dari hukum Allah.
Peranan Amal Islami juga bukanlah sekadar mencari penyelesaian terhadap masalah-masalah pelajaran, mas media, makanan, pakaian, politik, ekonomi atau masalah-masalah lain yang ditinggalkan oleh sistem ciptaan manusia yang memusnahkan itu.
Apabila Harakah Islamiah terpaksa juga memperkatakan masalah-masalah tersebut sama ada dari jauh atau dekat, maka pembicaraan tersebut mestilah sekadar mendedahkan kelemahan-kelemahan sistem tersebut yang menjadi punca timbulnya masalah tadi dalam masyarakat.
Pembicaraan tersebut tidak sekali-kali dengan tujuan membantu sistem tersebut untuk berkuasa, terus kekal atau meningkatkan perkembangannya.
(Abu Faiz: ingat tu apabila bermuqabalah dengan UMNO pun, jangan sesekali kita membantu UMNO hingga tanpa kita sedari menyebabkan UMNO kuat semula. Itu yang UMNO nak sangat tu)
Sebagai contoh, apabila dikemukakan masalah inflasi maka Harakah Islamiah mestilah menjelaskan bahawa inflasi ini adalah hasil dari perlaksanaan sistem Kapitalis, di mana ciri atau tabiat sistem ini sendiri memberi ruang untuk munculnya perbuatan monopoli dalam ekonomi perniagaan dan melahirkan perbuatan segolongan manusia yang berkuasa mengeksploitasi harta kekayaan negara sekehendak hati demi kepentingan dan maslahat peribadi.
Harakah Islamiah mestilah mengambil peranan menjelaskan bahawa Islam adalah satu-satunya manhaj (sistem) yang tunggal dan unik. Ia dapat mewujudkan sebuah masyarakat manusia yang bersih, yang di dalamnya terlaksana keadilan, terjamin hak-hak kemanusiaan dan kehormatan mereka dan denda hukuman akan menanti mereka yang melanggar hak-hak dan kehormatan manusia.
Oleh itu Harakah Islamiah tidak seharusnya bekerjasama dan membantu menyelesaikan masalah-masalah yang ditimbulkan oleh sistem jahiliah kerana dengan sikap demikian bererti anda memberi satu pengakuan yang membolehkan ia kekal lebih lama.
(Abu Faiz : sekali lagi peringatan dan penegasan Ustaz Fathi Yakan supaya jangan sekali2 berkerjasama denagn parti Taghut seperti UMNO)
Apabila mengemukakan masalah Palestine sebagai contoh, Harakah Islaamiah mestilah menekankan secara bersungguh-sungguh tentang kegagalan sistem-sistem pemerintahan yang sedia ada. Sistem tersebut telah gagal menyediakan umat Islam dari sudut jiwa dan perasaan untuk sedia berjihad pada jalan Allah dalam usaha mengembalikan bumi Islam yang telah dirampas.
Harakah Islamiah juga mestilah menegaskan bahawa sistem-sistem itu sebenarnya berjalan secara bergilir-gilir dalam kekuasaan beberapa boneka penjajahan blok timur mahupun barat.
Harakah Islamiah juga berkewajipan menegaskan dengan rasa yakin dan penuh berbangga bahawa Islamlah satu-satunya sistem (manhaj) yang mampu menyediakan kepada umat ini kesanggupan untuk menghadapi segala cabaran dan merupakan manhaj yang mampu menghasilkan kejayaan di mana-mana medan sekalipun.
Sesungguhnya kekuatan Harakah Islamiah mestilah ditumpukan untuk memukul sistem ciptaan manusia secara berterusan, memerangi strateginya, kaedah-kaedahnya dan titik-tolaknya.
Harakah Islamiah mestilah berhati-hati mengawasi langkah-langkah yang menyebabkan sistem berkenaan boleh hidup lebih lama dan supaya langkah-langkah itu tidak menjadi pukulan maut kepada Harakah Islamiah.
Harakah Islamiah mestilah berhati-hati mengawasi setiap langkah yang membolehkan sistem tersebut terus kekal dan mengawasi langkah-langkah yang tidak menyebabkan ia tumpas atau hancur.
SOKONGAN KEPADA KENYATAAN MURSYID AM PAS: PEMIMPIN UTAMA PAS MESTI ISLAM
DAN SALIH
-
Oleh : Ustaz Khalil Abdul Hadi, Timbalan Ketua Lajnah Tarbiah Dewan
Pemuda PAS Malaysia Isu dalaman kerajaan pimpinan PAS dan Pakatan Rakyat
yang berlaku...
5 hours ago
0 comments:
Post a Comment