Thursday, 24 July 2008

Muqabalah ! bukan muzakarah - malaysiakini

TG Nik Aziz menegaskan fail muzakarah telah ditutup, yang ada hanya sekadar muqabalah (pertemuan biasa). TG Nik Aziz juga menjelaskan tiada percanggahan antara beliau dan TG Presiden.

"Pada kenyataan yang lepas saya benarkan pertemuan di antara pemimpin PAS dan Umno berkaitan Islam dan masalah rakyat, serupa sahaja dengan kenyataan yang disebut Presiden PAS.
"Kalau difahami betul-betul tidak bercanggah di antara satu sama lain. Kalau ada perjumpaan hendak masuk Barisan Nasional ia langsung tidak ada. Kenyataan Presiden pun memang begitu,"katanya

TG Nik Aziz berkata kepada media selepas perjumpaan beliau dengan anggota Majlis Syura Ulama PAS di JKR10 Kota Bharu. Turut kelihatan dalam perjumpaan itu adalah TG Presiden sendiri serta timbalannya, Ustaz Nasharuddin Mat Isa; Timbalan Mursyidul Am, Dato' Dr Haron Din; Naib Presiden, Ustaz Ahmad Awang dan Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Dato' Mohamed Daud serta MP Pengkalan Chepa, Dato' Abdul Halim Abdul Rahman.

TG Presiden berkata, apa yang sebenarnya berlaku bukan muzakarah sebaliknya muqabalah di antara PAS dengan Umno bagi menyelesaikan masalah-masalah yang dialami umat Islam dan rakyat seluruh negara.

"Masalah yang dialami di negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat kita minta kerajaan pusat menyelesaikan. Itu yang kita bincangkan dalam pertemuan dengan pemimpin Umno.

"Tidak timbul masalah PAS menyertai kerajaan kerana PAS masih lagi bersama dengan Pakatan Rakyat. Kita akan terus dengan Pakatan sekarang memenuhi hikmah-hikmah politik yang kita perjuangkan,"katanya.

TG Presiden turut berkata dalam Pakatan Rakyat persefahaman kita tidak akan menjadi halangan, masing-masing memperjuangkan ideologi dan tetap berganding dalam isu-isu bersama.

Menurutnya sebagai orang Islam, PAS wajib menyuarakan kepada orang Islam lain dan dalam masa yang sama tidak mengabaikan keadilan Islam kepada semua kaum yang ada di negara ini.

Menurut Dato' Haron Din, usaha pertemuan (muqabalah) itu sebenarnya dianjurkan pihak Umno. Kata beliau, mereka yang mengusahakan dan bukti jelas dilihat kepada kenyataan ada tiga pertemuan sebelum ini dibuat sendiri Presiden Umno.

"Mereka yang membuat kenyataan dan merekalah yang mengusahakan pertemuan sebelum ini,"katanya.

sumber harakahdaily.net

0 comments:

PAUTAN LAMAN LAIN