Lihat jaminan PM Dolah bahawa AG Gani Patail dan KPN Musa Hassan tidak akan terlibat dalam siasatan kes DSAI. Berita asal malaysiakini di http://www.malaysiakini.com/news/86439
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini memberi jaminan bahawa Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail tidak akan terlibat dalam siasatan berhubung tuduhan liwat melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perdana Menteri berkata berikutan laporan oleh Anwar kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) berhubung tuduhan pemalsuan fakta melibatkan Musa dan Abdul Gani, maka adalah wajar bagi kedua-dua mereka dikecualikan daripada siasatan terhadap ketua umum PKR itu.
"Ketua Polis Negara dan Peguam Negara tidak akan mengambil apa jua peranan berkaitan kes Anwar," katanya kepada pemberita di Kepala Batas hari ini.
Abdullah berkata pegawai yang membuat siasatan ketika ini tidak akan merujuk hasil siasatan kes itu kepada mereka.
"Pegawai itu tidak membuat sebarang rujukan kepada mereka dan (saya) tidak nampak (mengapa) mereka perlu digantung perkhidmatan," katanya.
Perhatikan pula kenyataan Hamid Albar semalam di http://www.malaysiakini.com/news/86953 bahawa pihak polis perlu menyiasat dan menyiapkan laporan siasatan sebelum diserahkan kepada AG (Peguam Negara) dan terpulang kepada AG untuk menentukan samada terdapat kes prima facie atau tidak dalam kes dakwaan liwat ke atas DSAI.
Kata Syed Hamid Albar : "Polis perlu menyiapkan banyak perkara sebelum menyerahkan kertas siasatan mereka kepada peguam negara (AG) dan terpulang kepada AG untuk menentukan sama ada wujud kes prima facie atau tidak," katanya.
Jadi dimana jaminan PM Dolah sebelum ini bahawa AG tidak terlibat dalam siasatan kes DSAI? Kata Syed Hamid, AG Gani Patail yang akan menentukan samada wujud kes prima facie atau tidak dalam kes itu.
Jadi apa pandangan anda? Kalau serah pada AG yang telah dibuat laporan BPR ke atasnya oleh DSAI akan bertindak adil ke atas DSAI tanpa keraguan padanya?Impossible.....
Dimana pula kredibiliti PM Dolah? Jaminan diberikannya, dilanggar oleh menterinya sendiri?
SOKONGAN KEPADA KENYATAAN MURSYID AM PAS: PEMIMPIN UTAMA PAS MESTI ISLAM
DAN SALIH
-
Oleh : Ustaz Khalil Abdul Hadi, Timbalan Ketua Lajnah Tarbiah Dewan
Pemuda PAS Malaysia Isu dalaman kerajaan pimpinan PAS dan Pakatan Rakyat
yang berlaku...
5 hours ago
0 comments:
Post a Comment