Merujuk laporan di www.malaysiakini.com/bm/ Tan Sri Muhammad Taib memberitahu PM Dolah telah menjelaskan dalam mesyuarat MT UMNO semalam bahawa muzakarah UMNO dengan PAS akan diteruskan tapi terhad kepada isu mengenai Islam.
Menurut Mat taib lagi, mesyuarat MT UMNO tidak bincangkan soal peralihan kuasa tapi hanya bincangkan mengenai cara untuk mengukuhkan UMNO.
Sudah jelaslah bahawa salah satu cara yang dibincangkan mengenai cara untuk mengukuhkan UMNO ialah bermuzakarah dengan PAS. Walaupun PAS telah tolak muzakarah, UMNO masih mahu teruskan kerana ianya satu cara untuk mengukuhkan UMNO yang sudah goyang dan hampir karam itu.
Oleh kerana PAS tak setuju, maka terpaksalah tukar strategi dengan gunakan isu Islam sahaja. UMNO nak bincang mengenai Islam dengan PAS? Betul ke ni? Dr Mashitah pun terpaksa "tolak ansur" mengenai prinsip Islam bila berada dalam kalangan UMNO, tak dapat nak betulkan benda yang tak betul (bercanggah dengan prinsip Islam) yang berlaku dalam UMNO. Sekarang UMNO nak bincang mengenai Islam dengan PAS?
Kita nak tengoklah dimana UMNO akan letakkan Al-Quran dan Hadith lepas ni. Didepan sebagi rujukan pemerintahan atau masih seperti sekarang ? Sekadar simbol?
Tapi apa jelas bagi saya, UMNO cuma mahu mengukuhkan kedudukan UMNO bila mahu muzakarah dengan PAS walau apapun isunya.
TEMBERANG LAGI!
-
Salam 2 all.
Teman ucapkan tahniah kepada YAB PM, Datuk Omar Osman dan semua pihak yang
terlibat atas pembatalan SBPA & penambahbaikan SSM. Dari respon d t...
1 day ago
0 comments:
Post a Comment