Thursday, 24 July 2008

Dr Masitah - membunuh atau dibunuh? malaysiakini

Dr Masitah Ibrahim dalam temuramah dengan Agendadaily baru2 ini mengakui bahawa apabila masuk politik (UMNO - saya rujuk UMNO kerana Masitah dalam UMNO) orang2 agama terpaksa "menyesuaikan diri" nak kena jadi sama macam orang yang bukan dari latarbelakang agama sebab mahu diterima oleh ahli dan pemimpin UMNO.

Katanya dalam politik ini (UMNO) either to kill or to be killed (membunuh atau dibunuh?). Kerana itu beliau terpaksa ikut sistem politik UMNO itu sedikit sebanyak (politik UMNO yang tidak berlandaskan politik Islam).

Katanya : “Saya tak nak kata orang UMNO tak nak terima (orang agama). Cuma dalam politik ini pembawakan orang agama ini dia lain, mungkin dia terpaksa nak kena jadi sama macam orang yang bukan dari berlatarbelakangkan agama.

Jadi dalam politik ini either to kill or to be killed dan ini kadang-kadang berdasarkan pengalaman, agak berat bagi kita tapi kalau kita tidak ke depan kita dibunuh dan sebagainya. “Jadi perkara-perkara sebegini kita bertarung dalam sistem politik itu sendiri untuk berada di dalamnya. Tidak ramai yang nak memperjuangkan untuk itu. Jadi kita kena ikut kepada sistem itu sedikit sebanyak,”

Dr Masitah juga menjelaskan bahawa ada perkara2 yang "orang agama dalam UMNO" hendak betulkan perkara2 yang tidak betul itu, tapi tidak mampu dilaksanakan. Jadi prinsip agama yang dipelajari dan dipegang sebelum masuk UMNO dulu terpaksa "bertolak ansur" dan didiamkan perkara yang tidak betul itu (sembunyikan kebenaran) kerana jika tidak nanti akan dibunuh oleh musuh politik dalam UMNO sendiri. Tak dapatlah naik lagi.

Itulah keadaan UMNO, berbunuh2an dan jatuh menjatuhkan sesama sendiri demi pangkat dan jawatan. Orang agama pun terpaksa sembunyikan kebenaran, terpaksa korbankan prinsip jika berada dalam UMNO. Maka itulah sebabnya banyak kenyataan Masitah yang terpaksa dibuat untuk mempertahankan UMNO dari sudut agama walaupun beliau tahu ianya tidak betul dan salah.

Dah masuk dalam tong najis, macamana nak cuci? Diri sendiri pun kotorlah! Jadi kepada orang agama dalam UMNO, keluarlah cepat2 sebelum terlambat, masuklah PAS. Insya Allah dalam PAS tidak ada istilah either to kill or to be killed. Kerana perjuangan PAS ikhlas kerana Allah.

Kadang-kala kita hairan bagaimana orang yang belajar agama sampai ke Al-Azhar, Universiti Madinah, lulusan Pengajian Islam UKM, lulusan Syariah, Usuluddin UM pun boleh sokong UMNO. Kenapa nak kejar dunia sangat?

Bukankah ketika Israk Mi'raj Nabi Muhammad SAW dulu telah diperlihatkan kepada Nabi bahawa dunia ketika itu adalah seperti seorang wanita yang bongkok tiga. Tapi manusia masih mengerumuninya kerana kebendaan dunia.

0 comments:

PAUTAN LAMAN LAIN