sumber www.malaysiakini.com
Tg Nik Aziz menjelaskan bahawa sikap diskriminasi UMNO punca PAS tidak berminat bermuzakarah dengan UMNO. Banyak penganiayaan dilakukan kerajaan BN/UMNO kepada parti lawan.
Katanya lagi muzakarah dengan Umno tidak ada kesudahan dan hanya membuang masa sahaja. Sepanjang 18 tahun Kelantan diperintah oleh PAS, Kelantan menjadi mangsa diskriminasi pemimpin kerajaan pusat dan terbaru Kementerian Pelancongan menyekat bantuan sebanyak RM8 juta kepada negeri ini bagi membangunkan bandar pelancongan di Rantau Panjang.
Selain itu sampai sekarang pegawai kanan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada) yang bertanggungjawab bagi projek penanaman padi tidak memberi kerjasama sepenuhnya kepada kerajaan negeri.
Agensi kerajaan persekutuan seperti Mara juga menganaktirikan penyokong pembangkang bukan UMNO.
"Baru-baru ini ada penduduk di Tanah Merah diberi borang permohonan untuk menduduki bangunan Mara, tetapi di saat-saat akhir permohonan tersebut ditolak dengan alasan penyokong pembangkang," katanya
SOKONGAN KEPADA KENYATAAN MURSYID AM PAS: PEMIMPIN UTAMA PAS MESTI ISLAM
DAN SALIH
-
Oleh : Ustaz Khalil Abdul Hadi, Timbalan Ketua Lajnah Tarbiah Dewan
Pemuda PAS Malaysia Isu dalaman kerajaan pimpinan PAS dan Pakatan Rakyat
yang berlaku...
5 hours ago
0 comments:
Post a Comment