Thursday, 24 July 2008

Ada ke nilai Islam yang negatif wahai Dolah? malaysiakini

PM Dolah gariskan 4 langkah perangi tafsiran sempit agama ketika merasmikan Persidangan Antarabangsa Agama Dalam Pencarian Keamanan dan Keadilan Sejagat di KL hari ini.

4 langkah itu adalah :

1) Merombak kurikulum agama di sekolah supaya ia menekankan tafsiran agama bersifat sejagat.
2) Supaya golongan cendekiawan Islam mendekati masyarakat bagi menerangkan ajaran Islam sebenar
3) Media perlu memperjuangkan nilai sejagat Islam
4) Melaksanakan nilai-nilai positif Islam dari peringkat kerajaan hingga keluarga

Golongan cendikiawan Islam akan mendekati masyarakat bagi menerangkan ajaran Islam sebenar? Sebenarnya siapa yang telah menerangkan ajaran Islam palsu ni? Buka ke PM Dolah yang buat Islam Hadhari yang sesat itu?

Media nasional sekarang nak perjuangkan nilai sejagat Islam? Media yang penuh dengan berita fitnah, penuh dengan hiburan, gambar seksi artis wanita yang Islam? Cuma tak sampai keluar gambar betul2 bogel je lagi dalam media nasional sekarang.

Satu lagi PM Dolah kata langkah ke4 adalah melaksanakan nilai2 positif Islam dari peringkat kerajaan hingga keluarga.

Ni apa ke benda PM Dolah cakap ni? Waras tak ni? Ada ke nilai negatif dalam Islam? Yelah, kalau ada positif tentu ada negatif kan? Atau nilai negatif Islam adalah wanita Islam kena tutup aurat? Itu negatif? Sebab itu isteri PM Dolah tak tutup aurat? Gitu?

Siapa ajar ni PM Dolah? Islam itu syumul dan lengkap, mana ada nilai negatif? Taubat Dolah!!Kalau tak faham boleh pergi jumpa (muqabalah) dengan pemimpin PAS tanya pasal ni. Ikut kuliah TG Nik Aziz setiap pagi Jumaat di KB. Biar faham agama, jangan ikut sedap mulut je.

1 comments:

Nostradamus said...

Justifications to Answers on Jeyklls and Hydes Question 17.
Justifikasi kepada Jawapan atas Soalan 17 Jeykll dan Hyde.

17. The next PM of Malaysia will follow R.A.H.M.A.N theory. (Fact).
17. Perdana Menteri Malaysia yang berikutnya akan mengikuti teori R.A.H.M.A.N (Fakta).

Quatrain 17

In the month of summer games
When leaders are chosen and thrown away
Man starts to think again
Power, Gold and Glory to gain

Problems to glory are but hindrances
To be solve is such a simple game
Sleeping partner is to be cast away
Expendable are those as such before

PAUTAN LAMAN LAIN